RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmipasak.blogspot.com

Selasa, 31 Julai 2012

Foto: Bazar Ramadan 2012

BAZAR RAMADAN 2012
Ruangan ini hanya memaparkan tentang Foto: Ramadan 2012 yang dirakam di beberapa lokasi Bazar Ramadan di Negeri Kelantan
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  SETIAP kali bulan Ramadan menjelma, pelbagai juadah disediakan oleh pihak penjaja makanan untuk tujuan menarik pelanggan. Malahan pelanggan sendiri tidak pernah merungut walaupun harga yang ditawarkan meningkat seperti biasa, paling penting bagi pelanggan-pelanggan terbabit mereka dapat menikmati juadah yang dibeli itu dengan mudah.

Di Kelantan khususnya di Kota Bharu, tapak Stadium Sultan Mohd. IV adalah sebuah tapak popular yang menempatkan Bazar Ramadan di pusat bandar Kota Bharu yang berdekatan dengan Hospital Sultanah Zainab II di Jalan Mahmood. Pelbagai juadah turut dijual di bazar yang terdiri dari pelbagai jenis nasi, kuih-muih, air minuman, buah-buahan dan sebagainya.

Justeru, bagi pelanggan dan pengunjung yang tidak berkesempatan masa untuk memasak dan menyediakan sendiri juadah di rumah, Bazar Ramadan yang terletak di Stadium Sultan Mohd. IV adalah pilihan pertama dan utama di kalangan warga kota terbabit.

Foto ini dirakam di Bazar Ramadan, Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu, Kelantan pada 31.7.2012. 












Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan