RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmipasak.blogspot.com

Isnin, 16 Januari 2012

Foto: Lokasi Sampah

SAMPAH
 Ruangan ini memaparkan hanya Foto: Lokasi Sampah yang dibuang merata-rata tempat sama ada ke dalam semak, longkang, sungai, tasik, lautan dan sebagainya
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH

WAKAF BAHARU, KELANTAN



WAKAF BAHARU, KELANTAN: PIHAK Majlis Daerah Tumpat (MDT) sepatutnya berusaha memungut sampah yang semakin berlonggok dan berlambak memenuhi tong sampah sehingga bertaburan di luar tong sampah di laluan utama di Kampung Kutan dekat sini. Ini kerana, sampah yang membusuk itu bukan sahaja mencacatkan pandangan tetapi juga mencemarkan imej pihak berkuasa tempatan itu sendiri termasuk kerajaan negeri di bawah slogan "Membangun Bersama Islam".

Foto ini dirakam di Kampung Kutan, Wakaf Baharu, Kelantan pada 11.7.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  SEPATUTNYA sampah dilupus atau dibuang secara bijaksana bukan dengan cara yang sewenang-wenangnya sama ada mencampakkannya sesuka hati ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya, malah bukan dengan cara membawanya sama ada diletakkan di atas bumbung kenderaan. Sikap pemandu sebagaimana yang dipaparkan dalam foto ini tidak wajar dilakukan kerana apabila sampah berkenaan diletakkan di atas bumbung kenderaan, secara tiba-tiba sampah berkenaan bergolek melawan rentak kenderaan yang dipandu tentunya sampah berkenaan akan jatuh bertaburan di atas jalan raya dan apabila dipijak kenderaan yang lalu lalang tentunya mengeluarkan bau yang busuk. Cara pemandu kenderaan ini memang tidak berhemah dan mementingkan diri sendiri.
Foto ini dirakam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 8.7.2012 jam 1.20 petang.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  SAMPAH, sama ada bekas plastik minuman sebenarnya menyesakkan alam sekitar kerana tempoh hayat plastik memakan masa selama 1,000 tahun untuk lupus. Tetapi melihatkan budaya membuang sampah dengan sewenang-wenangnya menggambarkan masyarakat kita khususnya di kalangan pelajar-pelajar sekolah seperti tidak sayangkan alam sekitar yang mereka gunakan. Bukan sahaja tiada didikan daripada ibu bapa, namun guru-guru juga tidak memberikan penekanan ke arahnya.

Sementara, pembinaan longkang untuk tujuan air mengalir dengan mudah apabila hujan turun. Tetapi kadang-kadang longkang juga menjadi mangsa tangan-tangan gatal dengan membuang sampah (bekas plastik air minuman) ke dalamnya. Sikap segelintir pelajar yang membuang sampah berkenaan menggambarkan mereka tiada kesedaran sivik untuk menjaga alam sekitar. Sewajarnya mata pelajaran "Alam Sekitar" dan peraturan di bawahnya diterapkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah supaya mereka difahamkan tentang tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar untuk mengelakkan pembuangan sampah sesuka hati.

Foto ini dirakam berhampiran pagar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan pada 30.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 
KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  KANAK-KANAK dan pelajar sekolah perlu dididik di peringkat kecil supaya apabila mereka membesar kelak akan menghayati apa yang diajarkan itu. Begitu halnya dengan tabiat membuang sampah. Jika anak-anak tidak diasuh dengan tabiat terpuji, apabila mereka membesar nanti akan hilang sifat-sifat tersebut. Lihatlah sampah dari bekas-bekas air yang dilonggok, dibuang dan dibiar berselerakan di atas dataran pejalan kaki ini. Pelajar-pelajar sekolah yang menggunakan bekas minuman sepatutnya membuangnya dalam tong sampah. Pembinaan dataran pejalan kaki adalah bagi kemudahan pejalan kaki itu sendiri supaya dapat menggunakannya dengan lebih selesa. Tidak ada gunanya dibina dataran yang bernilai jutaan ringgit itu, apabila bahan buangan berselerakan di atasnya.

Foto ini dirakam di hadapan Sekolah Menengah Kota, Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan pada 3.5.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  SIKAP manusia menyebabkan wujudnya sampah dan kerana kecuaian manusia juga menyebabkan sampah berselerakan. Apabila dikatakan sampah, tidak semestinya jenis yang berbau, tetapi sampah juga meliputi plastik dan helaian kertas yang mudah diterbangkan angin kerana terlalu ringan. Begitulah hakikatnya yang berlaku dalam foto di atas, sampah berkenaan adalah helaian kertas risalah sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan. Sepatutnya pihak berkenaan prihatin dengan meletakkan risalah tersebut di tempat yang sepatutnya supaya tidak mudah ditiup angin. Apabila diletakkan sewenang-wenangnya, akhirnya kertas berterbangan ke merata tempat apabila ditiup angin.

Foto ini dirakam di kawasan laman Tabung Haji Kota Bharu, Jalan Doktor dekat sini pada 26.4.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

PASIR PEKAN


KAWASAN perumahan sememangnya menjadi tempat buangan dan longgokan sampah. Hakikat ini berpunca dari sikap malas penghuni di kawasan tersebut. Walaupun tong sampah telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT), namun disebabkan sikap malas, menjadi punca segalanya. Itulah yang berlaku di kawasan perumahan Taman SBJ Putra, Pasir Pekan, Wakaf Baharu, Kelantan.

Foto ini dirakam di kawasan perumahan Taman SBJ, Pasir Pekan, Wakaf Baharu, Kelantan pada 14.4.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  KALAU tidak dapat mengekang tangan gatal, pastinya sampah juga tidak selamat kerana dibuang merata-rata. Kalau puas mencampakkannya dalam parit, longkang, sungai dan dalam perigi buta. Jadahnya, sampah begitu senang dibuang atau dicampakkan dalam semak di tepi jalan apatah lagi di hadapan rumah sendiri. Inilah tabiat manusia yang tidak mengenang budi, Allah jadikan ekologi (alam sekitar) ini untuk dikongsi bersama dan sama-sama menjaga alam ini dari dicemari. Tetapi, sememangnya manusia itu banyak penyakit dan tidak bersyukur dengan kurniaan.

Foto ini dirakam di hadapan sembilan blok rumah teres lama di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 24.3.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  BUDAYA buang sampah merata-rata tempat semakin menjadi kelaziman di pusat bandar Kota Bharu, Kelantan. Terbaru, tin minuman dan botol minuman diletakkan secara santai-santai di bawah pelantaian tempat parkir kenderaan di sebuah premis iaitu bangunan Square Point di Jalan Kebun Sultan. Tabiat sebegini biasanya dilakukan oleh golongan perokok, sambil sedut minuman, sambil sedut asap rokok. Sudahnya tinggalkan tin dan botol minuman di situ.

Foto ini dirakam pada 15.3.2012 di sebuah pelantaian tempat parkir kenderaan di bangunan Square Point, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  SIKAP, tiada kesedaran sivik, tidak berhemah dan pentingkan diri sendiri adalah naskhah peribadi buruk yang ada pada seseorang individu. Sikap ini apabila diterjemahkan dalam konteks perbuatan, terserlah sikap apa yang dibuat oleh individu terbabit. Begitu halnya tentang soal membuang sampah. Kalau individu terbabit mempunyai sikap terpuji, dia akan membuang sampah di tempat yang sepatutnya iaitu ke dalam tong sampah. Sebaliknya, apabila wujudnya keempat-empat sikap keji dalam diri individu yang melakukannya, maka dia akan menganggap dirinya bijak kerana membuang sampah itu tidak menyusahkan dirinya. Dia tidak menyedari, membuang sampah merata-rata tempat itu menyusahkan pihak lain. Kalau pelajar yang membuang sampah, memang pelajar berkenaan tidak berdisiplin. Jangan turut jejak individu berkenaan, kerana rosaknya alam sekitar disebabkan sikap merekalah. Kelihatan bekas minuman (gelas plastik) dibuang dan dilonggok dengan sewenang-wenangnya.

Foto ini dirakam di hadapan pagar Sekolah Menengah Kota, Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan
pada 13.3.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN:  SIKAP manusia menjadi penyebab sampah berselerakan. Begitu halnya dengan sampah yang diletakkan di atas bumbung kereta ini. Belum pun sempat sampah ini dicampakkan ke dalam tong sampah, bungkusan yang mengandungi sampah tersebut terlebih dahulu tercampak ke atas jalan raya. Akibatnya berselerakanlah sampah yang merupakan sisa buangan dari rumah.

Foto ini dirakam di sebatang jalan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan pada 9.3.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN

Plastik terbang ditiup angin. Foto ini dirakam pada 24.4.2011.


Sampah dan pembungkus makanan bebas berterbangan di udara. Foto ini dirakam pada 28.11.2011.

Kertas juga berterbangan ditiup angin yang membawanya ke mana sahaja.


KOTA BHARU, KELANTAN:  KERTAS yang sanggup terbang ditiup angin akhirnya mendarat di atas sebatang pokok berhampiran kerana keletihan.
Foto ini dirakam di hadapan Lembaga Tabung Haji pada 12.2.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN


Foto ini dirakam di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN


Foto ini dirakam di Jalan Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI), Kota Bharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN


Foto ini dirakam di Jalan Belakang S.I.C, Kota Bharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
WAKAF BAHARU, KELANTAN



Foto ini dirakam di laluan Kampung Bukit, Wakaf Baharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
KUALA KRAI, KELANTAN


Foto ini dirakam di sebuah Air Terjun Jelawang (Gunung Stong), Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 30.4.2011.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
KUALA KRAI, KELANTAN


Foto ini dirakam di kawasan Taman Rekreasi Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
PASIR MAS, KELANTAN


Foto ini dirakam di laluan Taman Permai Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH 
MACHANG, KELANTAN




Foto ini dirakam di kawasan Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
PASIR PUTEH, KELANTAN


Foto ini dirakam di tingkat satu Air Terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan