RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmipasak.blogspot.com

Ahad, 1 Januari 2012

Foto: Makhluk Halus


MAKHLUK HALUS
Ruangan ini hanya memaparkan tentang Foto: Makhluk Halus yang dirakam Penulis di lokasi yang dilawati
 AMARAN:
Foto yang dipaparkan dalam Media/Blog ini adalah "Hakcipta Terpelihara" Penulis sebagai Jurufoto.
 TIDAK DIBENARKAN UNTUK MERAKAM, MENYALIN, MENCETAK DAN MENGEDARKANNYA KEPADA ORANG LAIN DALAM APA JUA BENTUK.

Dilarang untuk melihat foto ini jika seseorang itu lemah semangat.
Berlindunglah dengan Allah jika anda terkena aura dan gelombangnya.
Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
 ASAL USUL MAKHLUK HALUS

IBLIS adalah induk makhluk halus, asalnya ialah penjaga syurga bernama "Khaazin" yang merupakan ketua langit dunia dan iblis juga adalah ketua kepada bangsa jin di bumi. Dalam bahasa Arab, namanya ialah Al-Harith (Penjaga) dan Azazil dalam bahasa Suryani. Iblis juga digelarkan sebagai "Abu Kirdaus". Manakala "Jaann" adalah bapa segala jin. Jin adalah makhluk atau penghuni awal dunia yang disebut "Al-Bun". Jin yang pertama dipanggil Jaan dijadikan daripada api, manakala keturunan selepasnya dilahirkan secara membiak sebagaimana manusia melalui perhubungan jantina lelaki dan perempuan. Dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka lebih ramai dari manusia. Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan sebagainya adalah panggilan yang diberikan manusia untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir.

MACHANG, KELANTAN


MACHANG, KELANTAN:  MAKHLUK halus boleh menjelma dalam pelbagai rupa dan bentuk menurut ilmunya. Ada yang menjelma dalam rupa seperti manusia, haiwan seperti ular, biawak, lembu, gajah, kucing, ayam dan sebagainya. Namun, pengalaman Penulis dapat merakam makhluk halus yang menjelma dalam rupa "biawak" sememangnya agak pelik. Namun, tidak mustahil bahawa ketika majlis buang saka pada 28.2.2009 di kampung penulis amat jelas, jelmaan berkenaan dalam rupa biawak yang ingin memasuki rumah. Kejadian yang berlaku di laluan berlembah yang kini telah menjadi perkampungan makhluk terbabit masih wujud sehingga hari ini.

Foto ini dirakam di laluan berlembah ke kampung Penulis di Kampung Temangan Lama, Machang, Kelantan pada 29.6.2012 jam 7.47 malam.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

WAKAF BAHARU, KELANTAN


WAKAF BAHARU, KELANTAN:  JELMAAN lembaga seperti manusia sering muncul di sebatang lorong pohon kelapa di Kampung Kubang Palas dekat sini. Mangsanya, Ariffin Awang, seorang Jurutera JKR pernah diusik ketika melalui kawasan terbabit.

Foto ini dirakam di sebatang lorong pohon kelapa ke rumah mangsa, Ariffin Awang di Kampung Kubang Palas pada 10.4.2012 jam 10.21 malam.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

WAKAF BAHARU, KELANTAN


WAKAF BAHARU, KELANTAN:  SEORANG penduduk, Mohd. Kamal Bahrin Ibrahim, 48, dari Kampung Kubang Palas mendakwa, setiap pagi akan kedengaran suara misteri seorang bayi sedang menangis di kawasan laluan tersebut di mana tempat berkenaan juga adalah tempat parkir lori kontena. Beliau kerap mendengar suara bayi menangis itu kerana rumahnya berhampiran dengan tempat kejadian. Kelihatan dalam gambar (dibulatkan merah) objek seperti seorang wanita menjelma di tengah-tengah jalan sedangkan ketika rakaman foto dibuat, tidak ada sesiapa pun yang melalui kawasan berkenaan. Mungkinkah jelmaan wanita berkenaan ibu kepada bayi yang dimaksudkan?

Foto ini dirakam secara "infra-merah" di laluan Jalan Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan pada 10.4.2012 jam 10.15 malam.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  JELMAAN ini adalah kurang pasti sama ada kepala makhluk halus yang dipanggil "hantu" atau sebagainya. Jelmaan ini wujud berikutan kawasan semak-samun dan hutan belukar di kawasan berkenaan telah diselongkar atau diranapkan pada 18.3.2012 (Ahad). Sehingga hari ini, kerja-kerja membersihkan kawasan berkenaan terbengkalai dan pemandu jentolak berkenaan tidak menyambung kerja-kerjanya balik, lalu semak-samun dan hutan belukar yang diranapkan itu dilonggokkan di kawasan itu. Bagi yang tidak nampak di sebalik semak-samun hutan tebal itu memang tidak ingin ambil peduli. Tetapi bagi yang nampak di sebalik hutan belukar dan semak-samun ini adalah rumah panjang golongan bunian dan jin Islam yang mana kawasan jelmaan kepala makhluk halus yang dibulatkan sebagaimana dalam gambar ini adalah dapur rumah mereka dan sebelahnya pula gua (pintu masuk) ke alam mereka di rumah kediaman makhluk halus terbabit. Di kawasan ini juga terdapat sebuah sekolah agama dan rumah kediaman makhluk berkenaan.

Foto ini dirakam di sebuah hutan dan semak-samun di hadapan rumah teres sembilan blok di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 19.3.2012 jam 8.20 malam.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

SHAH ALAM, SELANGOR

Foto rakaman asal.

Foto yang telah diterangkan warna dan suasananya.

SHAH ALAM, SELANGOR:  OBJEK makhluk halus (anak panah) yang dikenali lembaga gadis berambut panjang tiba-tiba muncul ketika aktiviti merakam foto yang dilakukan oleh kumpulan pekerja wanita salah sebuah kedai yang terletak di Shah Alam, Selangor. Rakaman foto yang dibuat menggunakan telefon bimbit itu pada mulanya tidak disedari oleh pekerja terbabit, namun apabila salah seorang darinya memeriksa gambar yang telah dirakam, amat jelas telefon bimbitnya dapat merakam objek makhluk halus tersebut.

Foto ini dirakam pada 13.2.2012 di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Sumbangan Foto:
PEMILIK FOTO

KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 13.2.2012, Penulis sedang mengemaskini blog. Dengan tiba-tiba isteri memaklumkan kepada Penulis bahawa ada makhluk halus sedang memerhatikan anak bongsu lelaki Penulis yang sedang menulis karangan sambil menonton siaran Tayangan Bintang Lagenda P.Ramlee berjodol "Anak Bapak". Penulis bertanya, bentuk makhluk halus tersebut, kata anak Penulis bahawa lembaga tersebut berjubah putih sedang memerhatikannya sedang menulis. Lembaga lelaki berjubah itu sedang berdiri berdekatan dengan anak bongsu Penulis di pintu masuk ruang tamu dalam rumah, di mana di situ ditempatkan sebuah peti televisyen. Menerima makluman itu, Penulis mencapai kamera lalu ke luar pagar rumah. Penulis merakam 13 keping gambar di mana gambar yang kedua kelihatan lembaga seperti labah-labah atau ketam. Ketika Penulis keluar pagar untuk merakam gambar berkenaan, bulu roma berdiri tegak apatah lagi ketika merakam objek makhluk halus tersebut. Kelihatan dalam foto ini (dibulatkan) lembaga makhluk halus dapat dirakam.

Foto ini dirakam pada 13.2.2012 jam 11.01 malam di hadapan rumah Penulis di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto: 
AZMI MOHD. SALLEH
 KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 2.1.2012, Penulis telah dapat merakam enam (6) keping gambar langsuir yang sedang ketawa mengilai berhampiran rumah Penis. Ketika kejadian jam 3.00 pagi itu, Penulis baru lepas menunaikan solat tahajud dan ingin memberi makan kucing kesayangan. Apabila Penulis tiba di pagar rumah, Penulis terdengar suara ketawa dan kadang-kadang mengilai. Pada mulanya disangka musang sedang bercengkerama dengan pasangannya, Penulis mengamati suara tersebut agak panjang dari suara musang. Jadi, dengan tidak membuang masa Penulis mencapai kamera lalu merakam detik-detik tersebut. Ketika merakam foto melalui "infra-red" gambar dianggap tidak menjadi, namun apabila menggunakan lampu kamera, Penulis dapat merakam enam keping. Selepas dapat merakamnya, suara itu berhenti, mungkin terkejut dengan lampu kilat yang menghala ke arah makhluk halus itu.

Foto ini dirakam pada 2.1.2012 jam 3.03 pagi di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH


PUSAT ABJAD KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam di Pusat Abjad Kelantan pada 3.9.2011 ketika majlis buang saka sebuah keluarga dari Bachok.

Foto ini dirakam pada 3.9.2011 jam 11.20 malam di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam di kawasan selekoh di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan iaitu di kilang membuat batu bata dan simen. Alat yang digunakan oleh jurufoto ini adalah menggunakan telefon bimbitnya. Tanpa disangkanya, objek yang kelihatan di telefon bimbitnya seolah-olah seekor anjing luar biasa besarnya sedang memerhatikan ke arahnya. Kejadian itu berlaku jam 4.18 pagi pada 3.6.2011.

Foto ini dirakam pada 3.6.2011 am 4.18 pagi di sebuah kilang memproses batu bata dan simen di selekoh jalan raya di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Foto sumbangan:
HAFAIZAL MAT ALI

GUNUNG STONG



KUALA KRAI, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada sebelah malamnya ketika Penulis bersama empat peserta lain melakukan ekspedisi ke Gunung Stong pada 29.4.2011. Gambar atas dirakam oleh Hafaizal Mat Ali menggunakan kamera digital Fujifilm J10 milik Penulis dan gambar bawah pula dirakam sendiri oleh Penulis. Gambar atas merupakan gelombang dan aura makhluk halus yang menghuni sebuah penginapan yang asalnya didiami oleh sepasang warga emas yang dicampak keluar dari rumah tersebut. Namun, rumah penginapan berkenaan telah dirobohkan. Manakala gambar bawah pula dapat dirakam ketika Penulis sedang menjamu selera. Pada awalnya, Penulis dapat melihat seorang lelaki berpakaian baju biru muda sedang asyik memerhatikan ke arah Penulis sedang berbual. Namun, selepas itu iaitu ketika kami sedang menjamu selera, Penulis terus merakam saat tersebut sehingga kelihatan empat makhluk halus (berkeluarga) sedang memerhatikan ke arah Penulis di antara dua batang pokok di mana di tempat inilah Penulis dan rakan-rakan tidur.

Foto ini dirakam pada 29.4.2011 berdekatan kolam Tuan Puteri di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam di Kampung Sireh apabila sebuah keluarga memaklumkan tentang gangguan makhluk halus terhadapnya. Terdapat tiga makhluk halus di rumah sewa beliau. Namun, foto ini dapat dirakam ketika kami ingin pulang di bahagian bawah rumahnya.

Foto ini dirakam pada 25.4.2011 jam 10.11 malam di sebuah rumah di Kampung Sireh, Bawah Lembah, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO dirakam ketika Penulis sedang membakar perabot lama yang tidak boleh lagi digunakan di hadapan rumah kediaman Penulis. Kejadian yang berlaku pada 23.4.2011 dapat dilihat apabila asap api seolah-olah membentuk makhluk halus di mana di kawasan berkenaan adalah tempat tinggal asal makhluk ghaib yang dimaksudkan.

Foto ini dirakam pada 23.4.2011 jam 10.23 malam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN





KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam ketika kami dari Unit Ghostbusters, Abjad Kelantan ingin memulihkan masalah sebuah keluarga di Kampung Kedai Buluh, Kota Bharu pada 26.2.2011. Dari kaedah yang kami jalankan banyak makhluk halus wujud di kampung berkenaan dan paling jelas ialah toyol

Foto ini dirakam pada 26.2.2011 di Kampung Kedai Buluh, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 
  PULAU TENGKORAK




TUMPAT, KELANTAN:  UNIT kami telah mengadakan ekspedisi ke Pulau Tengkorak pada 18.2.2011 kira-kira 200 meter dari jeti Kampung Geting dekat sini. Pulau ini ditemui oleh sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Tujuan Unit Ghostbusters kami ke pulau puaka yang tidak pernah dimasuki oleh mana-mana pihak kerana kawasannya agak keras adalah bertujuan untuk merakam gambar makhluk yang mendiami pulau berkenaan sejak dulu. Apabila menjelang malam, suasana berubah. Penulis dapat merakam makhluk halus sebanyak lima keping gambar ketika kami mengadakan "Bar-B-Que", di mana salah satu keping gambar berkenaan kelihatan lima makhluk halus serentak.

Foto ini dirakam pada 18.2.2011 di Pulau Tengkorak.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 
 KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  UNIT kami telah dimaklumkan oleh sebuah keluarga tentang gangguan makhluk halus di Jalan Kelochor dekat sini pada 13.2.2011. Setelah kami melakukan kaedah Abjad dan Warisan Pusaka Tok Kenali, memang jelas gangguan berkenaan berpunca daripada makhluk saka dan kami memulihkan keadaan rumah berkenaan. Ketika kami ingin berangkat pulang, kami telah dapat merakam tiga keping gambar makhluk halus berkenaan.

Foto ini dirakam pada 13.2.2011 di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  UNIT kami telah dimaklumkan oleh sebuah keluarga dari Kampung Paya Senang dekat sini kerana masalah gangguan makhluk halus. Kami kemudiannya ke sana di mana rumah kediaman berkenaan terletak berdekatan dengan tanah perkuburan kampung berkenaan. Setibanya kami di rumah berkenaan, kami dapat melihat makhluk terbabit lari dan melompat ke atas sebuah bumbung dan kami kemudiannya mengepung malah kami melihat makhluk berkenaan masuk ke sebuah rumah yang dimaksudkan. Kami bergegas ke rumah terbabit dan mungkin kerana makhluk perempuan itu tidak dapat lari dan terkepung dengan kehadiran kami, makhluk berkenaan masuk dalam sebuah bungkusan plastik berwarna hitam dan akhirnya Penulis dapat merakamnya.

Foto ini dirakam pada 12.2.2011 jam 11.39 malam di Kampung Paya Senang, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
 AZMI MOHD. SALLEH
 LATA TEMBAKAH


BESUT, TERENGGANU:  FOTO ini dirakam menggunakan teleon bimbit Nokia pada 8.2.2011 di kolam kedua Lata Tembakah, Besut, Terengganu oleh salah seorang anak rakan Penulis. Menurut penyumbang foto ini memberitahu, beliau pada dasarnya merakam rakan-rakannya sedang mandi, kemudian beralih kepada pemandangan kolam tersebut yang dianggapnya cantik dari kebiasaan. Semasa merakam, beliau tidak menyedari telah wujud objek terbabit, tetapi selepas dilihat kemudiannya, memang wujud lembaga budak perempuan bersebelahan pokok mati berhampiran kolam itu.

Foto ini dirakam pada 8.2.2011 di kolam kedua Lata Tembakah, Besut, Terengganu.
  KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 12.1.2011 jam 9.51 malam berhampiran kediaman Penulis yang terletak di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Sebelum rakaman dibuat, Penulis melihat keadaan cahaya di sekeliling tempatnya agak rembang. Kaedah foto ini dirakam secara "infra-red".

Foto ini dirakam pada 12.1.2011 jam 9.51 malam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. 

Teks dan Foto:
 AZMI MOHD. SALLEH
 KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 11.1.2011 jam 11.13 malam berhampiran kediaman Penulis selepas Penulis pulang dari membuang sampah di belakang SIC. Kaedah rakaman foto ini menggunakan "infra-red".

Foto ini dirakam pada 11.1.2011 jam 11.13 malam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

KOTA BHARU, KELANTAN





KOTA BHARU, KELANTAN:  KEDUA-DUA foto ini dirakam pada 4.1.2011 di Kampung Bunga Emas, Penambang, Kota Bharu, Kelantan.

Foto ini dirakam pada 4.1.2011 di Kampung Bunga Emas, Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

MACHANG, KELANTAN







MACHANG, KELANTAN:  KETIGA-TIGA foto ini dirakam pada 21.10.2010 jam 1.07 pagi di Kampung Belukar, Jalan UiTM, Machang, Kelantan selepas kami lapan orang pulang dari Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu. Penulis dapat merakam gambar makhluk halus yang sedang mendengar perbualan kami di sebuah restoran di kampung berkenaan.

Foto ini dirakam pada 21.10.2010 jam 1.07 pagi di Kampung Belukar, Jalan UiTM, Machang, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

JERTEH, TERENGGANU






JERTEH, TERENGGANU:  KETIGA-TIGA foto ini dirakam pada 20.10.2010 di persekitaran rumah mangsa (Siti Balqis) di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu ketika kemuncak kejadian Siti Balqis disorok dan dighaibkan ke beberapa tempat seperti atas pohon rambutan, dicampakkan ke atas bumbung rumahnya, diletakkan di perdu pokok pisang, disembunyikan dalam liang kubur dan paling jauh dibawa mengembara dan disorok ke Bukit Keluang di Besut, Terengganu.

Foto ini dirakam pada 20.10.2010 di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

JERTEH, TERENGGANU


JERTEH, TERENGGANU:  FOTO ini dirakam pada 14.10.2010 menggunakan telefon bimbit dan disumbangkan oleh Pak Ji kepada Penulis. Rakaman makhluk ini dibuat ketika berlakunya kejadian tarik-menarik di antara mangsa, Siti Balqis yang turut dipegang oleh inunya, Noor Rizan dan keluarganya yang lain ketika Siti Balqis ingin dilarikan makhluk halus berkenaan di kediaman mangsa di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu.

Foto ini dirakam menggunakan telefon bimbit pada 14.10.2010 di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Foto Sumbangan:
PAK JI

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini juga dirakam pada 27.9.2010 jam 9.44 malam di rumah arwah Nik Iskandar Ariff Nik Abdul Malek berikutan aduan mangsa apabila bukan sahaja rumahnya diganggu makhluk halus, tetapi isterinya juga mengalami hal yang sama. Operasi menyemak rumah ini dilakukan oleh Pengamal Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali, Aziz Haji Daud. Selepas operasi berkenaan, tiba-tiba hujan turun dan selepas hujan berhenti, Penulis mengambil kesempatan berkenaan dengan merakam foto dan hasilnya sebagai gambar yang dipaparkan.

Foto ini dirakam pada 27.9.2010 jam 9.44 malam di Kampung Panchor, Kemumin, Jalan Pantai Dasar Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 27.9.2010 jam 9.44 malam di luar dapur rumah arwah Nik Iskandar Ariff Nik Abdul Malek berikutan aduan arwah yang mendakwa bukan sahaja rumahnya diganggu makhluk halus, tetapi turut dialami oleh isterinya. Operasi menyemak rumah ini telah dilaksanakan oleh Pengamal Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali, Aziz Haji Daud. Selepas majlis berkenaan dengan tiba-tiba hujan turun dan selepas berkenaan berhenti, Penulis merakam foto yang di tempat terbabit sehingga munculnya lembaga seperti lampu.

Foto ini dirakam pada 27.9.2010 jam 9.44 malam di Kampung Panchor, Kemumin, Jalan Pantai Dasar Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 27.9.2010 jam 9.00 malam ketika operasi menyemak rumah arwah Nik Iskandar Ariff Nik Abdul Malek berikutan aduan arwah yang mendakwa isterinya sering diganggu pelbagai makhluk halus di rumahnya itu. Selepas majlis berkenaan selesai yang dilaksanakan oleh Pengamal Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali, Aziz Haji Daud tiba-tiba hujan turun. Selepas hujan turun, Penulis mula merakam foto di tempat terbabit, kelihatan di luar pagar rumah berkenaan seperti lembaga "Hantu Bungkus" yang telah melarikan diri.

Foto ini dirakam pada 27.9.2010 jam 9.00 malam di Kampung Panchor, Kemumin, Jalan Pantai Dasar Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
MACHANG, KELANTAN



MACHANG, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 13.6.2010 jam 8.08 malam di kampung kelahiran Penulis iaitu Kampung Temangan Lama, Machang, Kelantan. Ketika rakaman ini dibuat, Penulis baru tiba dari Kota Bharu dan sebelum menunaikan solat Maghrib, Penulis mengambil kesempatan sedemikian untuk merakam gambar. Sebenarnya, sebelum foto di sini dirakam, Penulis merakam di tempat lain. Selepas melihat cuaca agak berbeza, ketika itulah foto makhluk berkenaan berjaya dirakam apabila melihat kamera wujud objek berkenaan. Jadi, untuk mengetahui makhluk itu masih ada di situ, Penulis merabanya dengan tangan kiri, sementara tangan kanan sedang memegang kamera dan jelas lembaga itu masih ada lagi di celah-celah dua batang pinang muda bersebelahan rumah orang tua Penulis.

Foto ini dirakam pada 13.6.2010 jam 8.08 malam di Kampung Temangan Lama, Machang, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 22.11.2009 jam 11.40 malam di hadapan rumah Penulis di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Ketika rakaman ini dibuat setelah hujan berhenti.

Foto ini dirakam pada 22.11.2009 jam 11.40 malam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN



KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam dari jarak jauh pada 11.8.2009 jam 11.53 pagi di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (LTH), Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan secara tidak sengaja. Dari suasana asal, lembaga kucing tidak wujud di taman mini LTH itu, tetapi apabila dirakam dengan tiba-tiba lembaga terbabit muncul dalam kamera.

Foto ini dirakam pada 11.8.2009 jam 11.53 pagi di Jalan Doktor, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  FOTO ini dirakam pada 13.2.2009 di Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan ketika Pengamal Rawatan Tradisional dan Ilmu Ghaib, Darus Mootalu sedang mengadakan operasi menangkap makhluk halus yang menyebabkan seorang hartawan dari Ketereh menderita selama 23 tahun akibat disantau dan disihir menggunakan khidmat langsuir ini untuk menjahanamkan hidupnya. Gambar atas ialah langsuir sedang memasuki sebiji botol, manakala gambar bawah langsuir terbabit dapat ditelangkupkan dengan sebiji botol.

Foto ini dirakam di Kampung Kedai Mulong, Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.
MACHANG, KELANTAN



MACHANG, KELANTAN:  FOTO ini dirakam di kampung kelahiran Penulis iaitu di Kampung Temangan Lama, Machang, Kelantan pada 12.2.2009. Punca jelmaan makhluk ini berhampiran kebun pisang ketika itu arwah bapa penulis menghadapi masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, pagar yang dibina di kebun pisang ini telah dimusnahkan.

Foto ini dirakam pada 12.2.2009 di Kampung Temangan Lama, Machang, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
GUA MUSANG, KELANTAN



GUA MUSANG, KELANTAN:  FOTO ini dirakam ketika Ekspedisi Penulis Ke Bukit Sejuk, Kampung Chiku Satu, Gua Musang, Kelantan seramai sembilan peserta pada 26.1.2009. Selepas Penulis mengalunkan azan, Penulis terus merakam gambar berkenaan dan tanpa disangka, makhluk berkenaan muncul dalam foto yang dirakam.

 Foto ini dirakam 26.1.2009 dalam gua Bukit Sejuk, Kampung Chiku Satu, Gua Musang, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
GUNUNG TEBU, BESUT, TERENGGANU



BESUT, TERENGGANU:  FOTO ini dirakam ketika Ekspedisi Ke Gunung Tebu seramai tujuh orang pada 8.8.2008 di sebuah gua Batu Mat Hassan pada pukul 7.04 malam. Kelihatan dalam lubang gua berkenaan seolah-olah seorang sedang duduk bersila sambil memandang ke arah Penulis yang sedang merakam gambarnya.

Foto ini dirakam pada 8.8.2008 jam 7.04 malam di Gua Batu Mat, Hassan, Gunung Tebu, Besut, Terengganu. 

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
 WAKAF BAHARU, KELANTAN



WAKAF BAHARU, KELANTAN:  FOTO ini ialah Toyol yang dirakam Penulis di rumah Rahmah Ismail, Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan  pada 3.8.2008 ketika amukan Toyol mencuri wang ringgit di rumah terbabit. Kisah bagaimana foto Toyol ini dapat dirakam ketika operasi menghalau Toyol oleh Pengamal Rawatan Tradisional, Warisan Pusaka Tok Kenali di mana Toyol berkenaan menerkam kerana Penulis yang cuba merakam fotonya. Ketika lampu kamera menyala Toyol ini sempat  bersembunyi dalam kereta suami Rahmah.

Foto ini dirakam pada 3.8.2008 di Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
DABONG, KUALA KRAI, KELANTAN



KUALA KRAI, KELANTAN:  FOTO ini telah dirakam dan disumbangkan oleh Wan Mohd. Noor Wan Ahmad dari Kampung Kutan Hilir, Wakaf Baharu, Kelantan yang dirakamnya di kolam no. 2, Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 13.7.2008 jam 6.11 petang. Beliau menyerahkan kad memori telefon bimbitnya ketika Penulis sedang menunggu pemprosesan foto sendiri di Star Photo, Jalan Kuala Krai, Kelantan.

Foto ini dirakam di kolam no. dua, Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Foto Sumbangan:
WAN MOHD. NOOR WAN AHMAD
TUMPAT, KELANTAN





TUMPAT, KELANTAN:  KETIKA sedang asyik memetik daun "pitang" untuk dijadikan sebagai ulam dan kerabu, dengan tiba-tiba Ab. Rahman Hussein (Abang Man) yang berasal dari Kampung Bukit, Wakaf Baharu, Kelantan tiba-tiba terdengar suatu bunyi seperti pohon tumbang. Namun, dari apa yang dilihatnya, tiada pohon tumbang berlaku, dengan demikian sudah jelas beliau disakat oleh makhluk halus yang mendiami dalam belukar itu. Kejadian yang berlaku jam 5.00 petang di Kampung Necher dekat sini pada 19.7.2008 tidak meresahkannya kerana itulah mata pencariannya dalam perniagaan nasi kerabu di Pasar Besar Wakaf Baharu. Kelihatan beliau sedang menunjukkan kepada Penulis tempat kejadian beliau diusik makhluk halus tersebut.

Foto ini dirakam pada 19.7.2008 jam 12.27 tengah hari di Kampung Necher, Tumpat, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
GUA PAYONG, GUNUNG RENG



JELI, KELANTAN:  JELMAAN Nenek Kebayan ini sedang berdiri memerhatikan Penulis berhampiran dinding yang dirakam di muka Gua Payong, Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli, Kelantan menggunakan kamera manual (filem) "Vivitar" ketika ekspedisi Penulis ke Gunung Reng pada 28.7.2007.

Foto ini dirakam pada 28.7.2007 di Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
KOTA BHARU, KELANTAN




KOTA BHARU, KELANTAN:  KEJADIAN serangan orang minyak telah berlaku di Kampung Serian, Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan berpunca amalan ilmu hitam supaya pemiliknya dapat ghaib yang memerlukan 41 orang gadis dan wanita dirogol sebagai syarat sempurna ilmu khurafat itu. Dalam kes ini, seramai tujuh (7) mangsa telah dirogol. Makhluk orang minyak ini telah ditangkap dan dipasung di sebuah busut di Kampung Serian, Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan oleh Pengamal Rawatan Tradisional dan Ilmu Ghaib, Darus Mootalu.

Foto ini dirakam pada 23.1.2007 di Kampung Serian, Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Foto Sumbangan:
Darus Mootalu
Pengamal Rawatan Tradisional & Ilmu Ghaib 
=================================
- HAK CIPTA (C) TERPELIHARA -
AZMI MOHD. SALLEH
===========================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan