RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmipasak.blogspot.com

Jumaat, 30 Disember 2011

Rawat Penagih Dadah


RAWAT PENAGIH DADAH

WAKAF BAHARU, KELANTAN:  TAHUKAH anda bahawa penagih rokok dan najis dadah tidak perlu berasa bimbang jika diberikan jolokan sebagai "mayat hidup" setelah terjebak ke kancah penagihan dadah jika mereka berhasrat untuk meninggalkan tabiat yang tidak berfaedah itu. Ini kerana, jika ada pihak yang menyatakan penagih dadah tidak boleh dipulihkan, dakwaan berkenaan adalah tidak tepat. Hakikatnya, penagih dadah tidak perlu melalui sessi kaunseling atau rawatan khusus bagi membolehkan mereka kembali ke pangkal jalan tetapi hanya sekadar mendapat rawatan berdasarkan kepada kaedah perubatan tradisional melalui pakar di bidang terlibat.

Salah seorang pakar merawat penagih dadah dikenali ramai, Mohd. Sohaimi bin Ahmad, 53, atau lebih dikenali sebagai Abang Mi dari Kampung Lambor, Wakaf Baharu, Kelantan yang ditemubual Penulis berkata, beliau mempunyai kaedah tertentu sehinggakan penagih tegar sekalipun boleh dirawatnya dengan syarat penagih itu sendiri benar-benar insaf untuk tidak mengulanginya.

Menurut Abang Mi, sebelum ini beliau adalah seorang peniaga ikan tetapi kerana Allah berkuasa menjadikan sesuatu menurut kehendak-Nya dan kepada siapa akan diberikan anugerah itu pun tidak siapa yang tahu. Itulah hakikatnya yang diterima oleh Abang Mi, begitu besarnya nikmat yang diterima olehnya dan dari anugerah seumpama itu dijadikannya satu tekad untuk berbakti kepada orang ramai yang memerlukan bantuan terutamanya kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan penagihan najis dadah tanpa mempelajari dari mana-mana guru mahupun selok-belok merawat pesakit. Ini kerana, beliau hanya berpegang kepada satu prinsip bahawa, bukan beliau yang menyembuhkan seseorang pesakit. Beliau hanya sebagai perantaraannya sahaja untuk membuktikan hamba-hamba-Nya yang terpilih sahaja boleh melakukan hal-hal sedemikian.

Berbekalkan anugerah Allah yang agak luar biasa itulah, pada tahun 2003 beliau memulakan sessi rawatan secara mudah, tanpa melalui suntikan dan kaunseling sehinggakan beliau diakui oleh beberapa keluarga penagih yang datang menemuinya memaklumkan bahawa rawatan penagihan najis dadah yang dilakukannya didapati sembuh sepenuhnya.

"Cara Abang Mi rawat perlu kepada kehadiran pesakit itu untuk melihat keadaan fizikalnya dan wajahnya sama ada penagih baru berjinak-jinak ataupun penagih tegar, kemudian melalui pengalaman Abang Mi akan tahu keadaannya. Maklumat dari pesakit amat penting, tanpanya tahap pemulihan agak lambat kerana maklumat yang diperlukan itu perlu tepat", ujarnya.

Setelah beliau melakukan rawatan terhadap pesakit secara mudah dengan membaca dan mengisikan doa ke dalam air tersebut, kesannya akan dapat diketahui dalam masa dua hari sama ada penyakit itu berjaya disembuhkan atau tidak. Ini kerana, di samping membuat rawatan beliau juga turut menghasilkan ubatan herba paling mujarab khusus untuk penagih-penagih dadah dengan meminta mereka memakan ubat-ubatan berkenaan selepas rawatan dibuat.

Ubatan yang diberikan perlu dimakan oleh pesakit selama dua hari sahaja iaitu dua biji pagi dan dua biji petang. Jika pesakit itu memakan ubat sebagaimana yang disarankannya, pada hari ketiga kesannya akan dapat diketahui sama ada sembuh atau sebaliknya. Kadang-kadang dalam masa setengah jam sahaja pasti pesakit yang ketagihan dadah itu akan melupakan terus bahan yang paling berbahaya terhadap kesihatan dan nyawa manusia itu.

"Abang Mi percaya setelah pesakit memakan ubat yang diberikan, pesakit dadah yang sebelum ini sering berkawan dengan golongan kutu rayau dan penagih lain tidak akan berbuat demikian lagi, seolah-olah seperti wujudnya rasa benci terhadap rakan dan bahan yang tidak berguna itu.

"Disebabkan pesakit itu tidak lagi mengambil dadah kerana timbulnya rasa benci tadi, bermakna fikirannya kembali waras untuk meninggalkan perbuatan yang boleh menjejaskan fikiran", katanya.

Berikutan mengetahui kejayaannya melakukan rawatan dan menghasilkan ubatan herba khusus untuk golongan penagih, beliau banyak menerima pesakit dari Terengganu dan Singapura. Beliau juga pernah merawat seorang anak anggota polis dari Negeri Sembilan hingga sembuh. Manakala pesakit dari Sabah dan Sarawak beliau akan membuat hantaran melalui pos sahaja.

"Abang Mi terlalu banyak pengalaman bersama pesakit. Ada penagih sehingga tahap lima tahun dan paling lama mencecah 10 tahun. Punca utama terlibat dengan dadah kerana dipengaruhi rakan, ada juga di antaranya sikap rakan yang menipu sehingga terjebak dengan bahan terlarang itu.

"Satu contoh, salah seorang penagih dadah dari Pasir Pekan, Kelantan terpaksa menghabiskan ubat sebanyak dua botol. Boleh dikatakan 90 peratus penyakit ketagihannya berhenti. Tetapi apabila pesakit berkenaan bekerja kira-kira setahun di Johor Bahru, apabila pulang ke Kelantan terpaksa membeli ubat darinya kerana tabiat ketagihan dadah masih ada ekoran dipengaruhi rakan-rakan di sana", jelasnya.

Kebanyakan pesakit berpunca dari dadah yang pernah dirawat oleh Abang Mi meliputi beberapa remaja belasan tahun. Namun, terdapat juga kes pesakit berusia 30 tahun yang telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata turut dirawat oleh beliau berikutan terlibat secara langsung dengan dadah itu.

Tambah Abang Mi, beliau tidak pernah menerima undangan untuk datang ke rumah pesakit terlibat sebaliknya pesakit itu sendiri yang perlu datang ke rumahnya kerana baginya rawatan yang dilakukan di rumahnya sendiri agak lebih selesa berbanding dilakukan di luar.

Tambah Abang Mi, kebanyakan pesakit dan keluarga mereka mengetahui kemampuan beliau merawat kalangan pesakit melalui perbualan secara lisan dari mulut ke mulut selain kisahnya pernah tersiar dalam dalam akhbar dan majalah tempatan. Manakala sambutan di kalangan penagih-penagih dadah yang ingin ke pangkal jalan untuk dirawat olehnya agak menggalakkan. Menurut Abang Mi, beliau melakukan hal sedemikian dalam usaha untuk menginsafkan golongan penagih yang terjebak bertahun-tahun lamanya serta mengakui tabiat mereka itu adalah satu kesilapan yang tidak patut dimaafkan.

Setakat beliau merawat penagih-penagih dadah berkenaan menurut Abang Mi, beliau banyak menerima maklum balas tentang kemampuannya merawat pesakit sehingga didapati sembuh sepenuhnya dengan izin Allah melalui kerelaan masing-masing. Keadaan ini menggambarkan penagih-penagih berkenaan benar-benar insaf untuk mengulangi atau mengambil bahan berbahaya itu lagi.

"Sebotol ubatan herba ini Abang Mi jual dengan harga RM200. Nampak agak mahal, tetapi percayalah sukarnya untuk mendapatkan tumbuhan herba dan resipi yang dihasilkan itu memang mujarab. Tetapi orang ramai perlu sedar, bukan dinilai harga sebotol ubat itu tetapi perlu dititikberatkan supaya sifat ketagihan dadah itu yang perlu dihentikan.

"Ubatan herba ini bukan sahaja boleh merawat penagihan dadah tetapi mampu untuk mencerdaskan minda kanak-kanak. Caranya, sebiji pil itu hendaklah dibahagi dua. Maknanya, jika kanak-kanak terlalu nakal dan enggan mendengar nasihat, insya Allah kanak-kanak seumpama itu akan sembuh dan tidak akan nakal lagi", ujarnya memberi tips istimewa untuk memulihkan kanak-kanak nakal melalui rawatan yang diperkenalkannya.

Nasihatnya kepada penagih-penagih dadah khususnya penagih-penagih tegar sehingga mencecah 5 hingga 10 tahun tentunya telah sebati dalam diri masing-masing, walaupun telah dirawat perlu kepada rawatan ulangan supaya pulih sepenuhnya. Ini kerana, terdapat kes penagih dalam kategori ini telah menghabiskan sebotol ubat, pesakit berkenaan berasa sembuh seperti sediakala. Namun, beliau menyarankan perlu tambahan ubat dan rawatan ulangan.

Jadi, sekiranya ubatan perlu dimakan 2 biji pagi dan 2 biji petang, bagi sebotol ubat sekadar dapat bertahan selama sebulan sahaja. Apabila masuk bulan kedua perlu diamalkan sebiji pagi dan sebiji waktu petang hingga seterusnya sehingga lima bulan. Dalam hal ini, kebanyakan pesakit apabila didapati ubat telah habis dalam tempoh sebulan, mereka tidak lagi mempedulikan untuk mendapatkan rawatan ulangan.

Di samping itu, beliau turut menekankan kepada penagih-penagih supaya menghentikan tabiat pengambilan pil-pil kuda yang dianggap tidak berfaedah, memudaratkan kesihatan dan boleh membawa maut. Ini kerana, pil kuda sebenarnya dibuat dari "tulang mayat" yang diproses menjadi serbuk. Sebab itulah remaja-remaja yang terlibat dengan pil-pil kuda akan menjadi ganas seperti sanggup mencuri, memukul ibu bapa, lumba haram atau merempit dan bertindak di luar kawalan.

Sejajar dengan itu menurutnya, beliau berharap kepada penagih-penagih yang pernah menerima rawatan daripadanya atas dasar telah insaf dan ingin kembali ke jalan sempurna supaya mengelakkan daripada terus berkawan atau dipengaruhi rakan-rakan dari kutu rayau, kerana merekalah punca kebanyakan golongan baik terjebak ke lembah hina itu. Ini kerana, jika terus berdampingan dengan mereka, penagih yang telah didapati sembuh sekalipun pasti akan kembali terjerumus dengan bahan-bahan itu buat kali kedua. Justeru, pilihlah sahabat yang berakhlak mulia yang boleh mendidik dan memandu kita ke jalan sempurna, jadi tepuk dada tanyalah hati.

Abang Mi boleh dihubungi melalui telefon:
017-9561700
      
Mohd. Sohaimi bin Ahmad atau Abang Mi.

Abang Mi ketika ditemubual Penulis di kediamannya.

Inilah ubatan herba yang boleh merawat penagih dadah.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

9 ulasan:

  1. Salam, saya berminat membawa saudara saya berjumpa abg mi, tetapi no telefon di atas tidak dpt di hubungi, boleh bagi saya alamat n contact no yg lain? Terima kasih..

    BalasPadam
  2. sila hubungi saya 0134434344 untuk rawatan penagihan terbaru dan paling berkesan

    BalasPadam
  3. betul berkesan ubat ni???klu tk beri berubahan?

    BalasPadam
  4. sila layari website kami www.rawatanpenagihan.com

    BalasPadam
  5. sila layari website kami http://www.rawatanpenagihan.com/

    BalasPadam
  6. Am Nichole dari Perancis dan saya tidak akan percaya bahawa suatu hari nanti i akan
    berkongsi hidup saya dari kanser dengan sesiapa sahaja kerana kanser hampir berakhir saya
    kehidupan.

    Saya memberkati hari itu setia i pergi dalam talian untuk mencari bantuan dan saya mendapati saya
    pembantu Dr George yang membantu saya melalui e-mel beliau untuk mengalahkan kanser yang mempunyai
    hampir menghisap kehidupan daripada saya dengan minyak ganja beliau yang berkesan
    kerana beliau berkata ia adalah.

    Saya juga akan suka menggunakan medium ini untuk menghargai Dr.George
    contacthospital_eastern.george@yahoo.com untuk penjagaan, sokongan dan
    tentu minyak ganja itu kerana saya akan menjadi sejarah jika tidak kerana anda saya
    wira terhebat Dr George.

    Terima kasih anda supaya banyak Sir dan Allah akan memberkati anda lagi.

    BalasPadam
  7. Untuk makluman Puan Nur Shima, hanya itulah no telefon terakhir yang diberikan kepada saya semasa ditemubual di kediamannya. Mungkin beliau telah menukar no telefonnya, atau adakah beliau masih meneruskan tugasnya itu atau tidak. Nantilah, jika berkesempatan, saya akan cuba mendapatkan no telefonnya yang terkini. - Editor RELATIF, Azmi Mohd. Salleh.

    BalasPadam
  8. Untuk makluman Puan Nur Shima dan Puan Suzi, hanya itulah no telefon terakhir yang diberikan kepada saya semasa ditemubual di kediamannya. Mungkin beliau telah menukar no telefonnya, atau adakah beliau masih meneruskan tugasnya itu atau tidak. Nantilah, jika berkesempatan, saya akan cuba mendapatkan no telefonnya yang terkini. - Editor RELATIF, Azmi Mohd. Salleh.

    BalasPadam